Ucapan ini dikhaskan Kepada semua Jururawat diseluruh Negeri Sabah dan semua Individu yang bergelar jururawat dimana sahaja anda berada
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Detikan minit dan saat tahun 2021 bergerak begitu pantas dan tanpa disedari dalam beberapa jam lagi kita akan menyapa selamat datang kepada Tahun 2022.
Rasanya baru sahaja kita berada ditahun 2021 dan sudah pasti kesibukan kita seharian yang menyebabkan perjalanan masa tidak kita sedari. Bagi individu yang bergelar jururawat terutama yang masih bertugas kesibukan ini adalah disebabkan peningkatan bebanan tugas setiap hari tambahan lagi dengan suasana kewujudan COVID 19 yang dialami sejak awal tahun 2020.
Selain rutin tugasan dan norma baru yang perlu diamalkan membuatkan kehidupan seorang jururawat makin mencabar dari hari kehari. Tugasan merawat pesakit COVD 19 amat mencabar dan memberikan tekanan kerana jururawat bukan sahaja perlu mengenakan PPE berjam-jam tetapi juga perlu memastikan kebersihan serta kesihatan diri sebelum balik berjumpa ahli keluarga tersayang. Alangkah besarnya pengorbanan seorang jururawat dan tidak ternilai dengan wang ringgit.
SYABAS DAN TAHNIAH kepada jururawat semua anda bukan sahaja pejuang barisan hadapan bersama frontliners yang lain semasa menghadapi wabak ini tetapi juga anda adalah Wira Yang Tak Didendang (unsung Heroes) tak kisah dimana anda berada atau ditugaskan khidmat anda amat diperlukan. Disebalik topeng muka dan kepanasan PPE yang dikenakan anda masih mampu untuk tersenyum dan melayan karenah para pesakit.
Dikesempatan ini saya mewakili semua ahli SANA ingin mengucapkan tahniah kepada para Jururawat yang baru dilantik dan teruskan perjuangan anda kerana anda diantara insan yang terpilih untuk meneruskan misi Florence Nightingale.
Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada para jururawat yang telah mendapat kenaikan pangkat dan selamat menjalankan tugasan baru anda dengan lebih cemerlang dan dedikasi.
Disebalik ujian dan cabaran pandemik COVID 19 para pesara jururawat berpeluang terlibat sebagai Sukarelawan membantu frontliners dalam Pemberian Vaksin kepada masyarakat di Sabah atas nama Persatuan Jururawat Sabah (SANA). Sumbangan ini telah mendapat pengiktirafan dimana media telah memberikan liputan khas terutama kepada mereka yang bertugas di PPV Wisma Wanita, Likas dan Sabah International Convention Centre (SICC).
Sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pesara jururawat walaupun telah lama berundur dari perkhidmatan tetapi masih mampu menyalurkan khidmat bakti tanpa mengira risiko kepada diri anda sendiri. Ini kerana keprihatinan mereka kepada para jururawat yang bertugas tanpa rehat yang cukup sejak wabak COVID19 melanda. Penglibatan anda telah mengharumkan nama Persatuan ini. Memang betul ungkapan “A NURSE IS ALWAYS A NURSE” wherever they are they will still continue to serve with passion and caring.
Sempena Tahun Baru 2022 ,saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dan sama –sama kita berdoa semoga Tahun 2022 yang bakal menjelang akan membawa lebih kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua dan bersamalah kita memutuskan serta menghapuskan rangkaian COVID 19
Terima kasih dan Teruskan Sokongan Tuan/Puan kepada Persatuan Jururawat Sabah(SANA)
“BERKHIDMAT MUTU TINGGI”
# Kita Jaga Kita #, # Stay Safe Stay Healthy #
Ingatan Ikhlas daripada:
Presiden SANA
Ahli EXCO SANA (2020-2022)
Posted on 31 December 2021
Sabah Nurses Association, Lot 13-3, Block B, Lintas Square, Jalan Lintas, 88300, Kota Kinabalu Sabah
Disclaimer: SANA shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website
© 2024 - Sabah Nurses Association. Powered by CAL Computer Learning Centre