UCAPAN SELAMAT HARI JURURAWAT TAHUN 2025 DARI PRESIDEN SANA



Asalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Kepada semua Jururawat diseluruh Negeri Sabah dan semua individu yang bergelar Jururawat dimana sahaja anda berada

SYUKUR ALHAMDULILLAH sekali lagi saya berkesempatan untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Jururawat kepada semua Warga Jururawat samada yang masih berkhidmat atau pun yang telah bergelar pesara. Sebagai pesara jururawat saya merasa amat bangga kerana telah memilih profesyen Kejururawatan sebagai kerjaya pertama dan terakhir saya. Jasa dan pengorbanan seorang Jururawat telah mendapat pengiktirafan di serantau dunia dimana International Council Of Nursing (ICN) telah menetapkan tarikh 12 Mei sebagai sambutan Hari Jururawat bertepatan dengan tarikh kelahiran Florence Nightangle , The Founder of Modern Nursing.

Seperti biasa International Council Of Nursing akan menyediakan tema-tema yang sesuai dengan situasi semasa dan pada tahun 2025 tema yang telah diangkat adalah “Our Nurses Our Future. Caring For Nurses Strengthen Economies”. Tema ini menekankan kepada kepentingan profesyen Jururawat dalam sistem kesihatan dan impaknya kepada ekonomi globalisasi. Secara tidak langsung hasil daripada perkembangan dan pelaburan dalam bidang Kejururawatan telah menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan peningkatan status ekonomi sesebuah negara.

Pemilihan tema ini amat sesuai kerana didalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, jururawat adalah profesyen yang mendominasi sektor Kesihatan sehingga mereka diumpamakan sebagai ‘tulang belakang’ sistem Kesihatan negara. Dari segi perjawatan , jururawat juga adalah sumber tenaga manusia yang ramai dalam institusi Kesihatan Negara.

Bila kita melihat jauh kehadapan profesyen jururawat sangat-sangat diperlukan memandangkan ramai jururawat yang “senior” dan berpengalaman dengan kemahiran tinggi akan menamatkan perkhidmatan secara berperingkat disebabkan umur persaraan. Maka pihak Kerajaan perlu mengambil insiatif untuk meningkat pengambilan jururawat bukan sahaja untuk mengisi kekosongan tetapi mengambil alih kepakaran serta kemahiran yang telah ditinggalkan oleh jururawat yang bersara.

Selain itu pihak kerajaan juga perlu memberikan sokongan yang padu kepada Jururawat yang telah terlatih untuk mendapatkan latihan tambahan dalam displin tertentu contoh seperti bidang Perawatan Kebidanan, Perawatan Kesihatan Awam ,Pediatrik ,Geriatik. Selain mengikuti Latihan Pos Basik. Jururawat juga diberikan galakan untuk belajar sehingga memperolehi Ijazah, Sarjana dan keperingkat PhD sejajar dengan arus perkembangan teknologi perubatan sekarang. Antara inisiatif lain ialah menyediakan jawatan sesuai apabila mereka tamat latihan nanti dan mengekalkan mereka dalam sistem kesihatan. Ini adalah sebagai salah satu pelaburan jangka masa panjang untuk negara.

Jururawat dengan pengalaman serta kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang saya sebut diatas amat diperlukan sebagai Subject Matter Expert (SME) sama seperti apa yang dijalani oleh Pakar-Pakar Perubatan pada masa kini. Sebagai contoh untuk negeri Sabah sendiri kita ada para jururawat yang sedang menjalani Latihan dalam Ijazah Perawatan Kesihatan Awam (PHN). Dengan adanya jururawat berkemahiran serta kepakaran yang sedemikian pasti akan membantu dalam pencapaian kehidupan yang lebih baik kepada rakyat dan seterusnya menjurus kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini saya amat menggalakkan para jururawat di Sabah yang masih jauh perjalanan kerjayanya untuk menyambung pengajian mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Belajar bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan tetapi juga sebagai nilai tambah epada diri anda sendiri. Rebutlah peluang serta kemudahan yang ada. Dengan perkembangan digital teknologi kini proses pembelajaran sekarang semakin mudah. Tidak dinafikan dalam kehidupan sebagai seorang jururawat tugasan harian yang kita lakukan itu juga satu “lifelong learning Process”.

Walau bagaimanapun, kita di negeri Sabah khususnya masih mengalami kekurangan jururawat baik di hospital mahu pun di klinik-klinik Kesihatan. Kita amat mengharapkan Kerajaan akan terus “Caring” kepada profesyen kejururawatan dengan meningkatkan bilangan jawatan jururawat dan seterusnya memperkasakan profesyen kejururawatan seiring dengan perkembangan sektor perubatan dunia. Jangan jadikan masalah ini sebagai penghalang dalam usaha untuk meningkatkan kerjaya kita.

Sebagai Persatuan Jururawat yang julung-julung kali di Sabah kami akan terus menyokong para jururawat semua terutama dari segi meningkatkan perkembangan profesyen kejururawatan seperti mengadakan Seminar, Konferen kejururawatan, CNE on line. Berkat sokongan dari anda semua kami akan lebih berusaha untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti persatuan kearah kebaikan profesyen kejururawatan di Sabah. In sya allah.

Akhir kata, sekali lagi saya mewakili Persatuan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada warga jururawat di mana saja anda bertugas, anda ibarat sebatang lilin yang menerangi kegelapan malam. Sewajarnya jururawat layak diberikan pengiktirafan seperti sambutan pada hari ini. Semoga anda terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan yang berdedikasi, empati, berdaya saing dalam penjagaan dan perawatan kepada pesakit serta sentiasa tabah dan kuat dengan segala cabaran yang mendatang. Jaga kesihatan anda selalu dan teruskan sokongan anda kepada Persatuan Jururawat Sabah (SANA).

“SELAMAT HARI JURURAWAT”
“Our Nurses Our Future. Caring For Nurses Strengthen Economies”.

Daripada:
Hajah Tumble bt Ngadiran @ Tomblow
PRESIDEN SANA (2024-2026)

Posted on 12 May 2025



Sabah Nurses Association, Lot 13-3, Block B, Lintas Square, Jalan Lintas, 88300, Kota Kinabalu Sabah

Disclaimer: SANA shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website


© 2025 - Sabah Nurses Association. Powered by CAL Computer Learning Centre