UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2021 DARIPADA PRESIDEN SANA



Kepada semua Jururawat seluruh Negeri Sabah dan Individu yang bergelar jururawat  dimana sahaja anda berada

 

Masa tidak menunggu kita,ia akan terus berlalu  dan beberapa jam lagi  tirai Tahun 2020 akan ditutup. Sudah pasti  peristiwa yang dilalui sepanjang tahun samada gembira ,sedih dan  tragis akan menjadi coretan dalam kehidupan masing-masing. COVID  19 yang menjadi musuh tersembunyi kita tanpa diduga  sebenarnya telah mencipta satu pengalaman baru kepada kehidupan seorang yang bergelar Jururawat .Pengalaman tersebut telah mengajar kita agar lebih menghargai kehidupan serta kesihatan diri.

Tahniah saya ucapkan kepada anda semua yang telah berpeluang sebagai Frontliners dalam memerangi wabak COVID  19 tanpa mengira dimana saja anda bertugas dan semoga amalan anda semua akan menerima ganjaran yang sewajarnya kelak.

Jadikanlah norma baharu kehidupan berikutan pandemik novel coronavirus ( COVID-19)  sebagai satu landasan serta inspirasi untuk menjadikan kita seorang yang lebih berdisplin, bertanggungjawab serta Caring sesuai dengan PRINSIP seorang jururawat.

Sempena  Tahun Baru 2021 yang akan tiba saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dan mulakan lembaran 2021 dengan harapan baru. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang lebih baik serta kebahagian kehidupan dan dapat menjalankan tugas mulia ini dengan lebih cemerlang dan dedikasi.

Teruskan sokongan anda kepada Persatuan Jururawat Sabah  (SANA)

#  kita jaga kita #,  # stay safe stay Healthy#

 

Dengan Ingatan Ikhlas daripada:

 

Presiden SANA

Ahli EXCO  SANA (2020-2022)

Posted on 31 December 2020



Sabah Nurses Association, Lot 13-3, Block B, Lintas Square, Jalan Lintas, 88300, Kota Kinabalu Sabah

Disclaimer: SANA shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website


© 2024 - Sabah Nurses Association. Powered by CAL Computer Learning Centre