Selamat Menyambut Hari Jururawat 2018



Kepada semua Ahli Persatuan Jururawat Sabah (SANA), yang bertugas di Hospital Kerajaan atau Swasta dan juga ahli SANA yang sudah bersara. Sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia pada 12 hb Mei, yang mana ianya merupakan kelahiran Florence Nightangle “The Founder of Nursing”.

Tema sambutan tahun ini ialah “Nurses: A Voice to Lead, Health Is a Human Right”.

Saya berpendapat bahawa, tema ini sangat bersesuai dengan keadaan pasarana kesihatan di masakini, dimana kaum jururawat boleh mempengaruhi masyarakat sejagat untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang optimum dan khidmat kesihatan itu akan menjadi keutamaan penting kepada setiap individu. Atas kepercayaan ini, masyarakat yang sihat boleh memberi impak kepada negara yang maju.

Health systems are an essential element of a healthy and equitable society. When health is viewed as a human right, there is a demand on us to take action and a responsibility to enable access to a health system. This belief should be the cornerstone of an effective system, and the benefits of this will ultimately flow to communities and countries”.

Kaum jururawat memain peranan yang penting dalam menjaga kesihatan rakyat. Dimana jua anda ditempatkan samada di hospital-hospital, klinik –klinik kesihatan dalam bandar atau jauh di pendalaman,tengah hutan ,di lereng sungai dan bukit bukau, anda tetap tabah demi menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan.

Jasa seorang jururawat sangat besar, jika dibandingkan dengan profesion lain dalam Kementerian Kesihatan. Setiap seorang insan dilahirkan di dunia ini, jururawatlah orang yang pertama  menyambut kelahirannya dan apabila seseorang itu meninggal dunia, Jururawat jugalah yang berada disisi saat – saat terakhir hingga membersihkan jenazah (last office) tersebut jika kematian itu berlaku di hospital.

Pada ketika ini walaupun dengan cabaran globalisasi ,ancaman sosial media yang negatif, namun kaum jururawat tetap berdiri TEGUH untuk menunaikan tugas-tugas mulia kearah transformasi kesihatan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan kadangkala sanggup mengenepikan keperluan sendiri bak kata pepatah “ibarat sebatang lilin yang menerangi orang lain”.

”Happy Nurses Day to All and be Proud to be a Nurse”

SOKONGLAH PERSATUAN ANDA!

Posted on 11 May 2018



Sabah Nurses Association, Lot 13-3, Block B, Lintas Square, Jalan Lintas, 88300, Kota Kinabalu Sabah

Disclaimer: SANA shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website


© 2018 - Sabah Nurses Association. Powered by CAL Computer Learning Centre