Puan/ Tuan,
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN JURURAWAT SABAH KE 40
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Jururawat Sabah yang ke 40 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 14hb Mei 2026 (Khamis) Masa : 9.00 pagi sehingga 2.00 petang Tempat : Raia Hotel Kota Kinabalu Agenda Mesyuarat ; Seperti di Lampiran A
Dalam persidangan kali ini aktiviti lain yang disediakan selepas Mesyuarat Agung Dwi tahunan adalah seperti yang tertera di bawah:
Tarikh : 15.5.2026 - 16. 5.2026 Sabah Psychiatric Nursing Conference (8.00 am - 5.00pm) Tempat : Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, Jalan UMS, Kota Kinabalu.
Adalah dimaklumkan bahawa jumlah perwakilan kawasan sahaja yang akan mengundi pada masa mesyuarat dijalankan. Sila bagi nama perwakilan bersama pengesahan kehadiran serta usul-usul yang dibawa oleh perwakilan (LAMPIRAN B) yang akan menghadiri mesyuarat kepada Pn. Musneh Naskah di talian 013-8918335 nmusneh@gmail.com dan Pn. Karenita K. Shandu di talian 012-8382001 veernam@0901@gmail.com sebelum 20 Mac 2026
Sehubungan dengan itu, Wakil Kawasan untuk mengadakan mesyuarat perbincangan bagi memilih calon (Borang Pencalonan dikepil bersama di Lampiran C). Nama-nama calon perlu di hantar secara atas talian kepada Election Officer Puan Jupina Jahan alamat email jupinapina9@gmail.com sebelum 03 April 2026. Sila pastikan mendapatkan persetujuan dari calon yang dipilih dan calon tersebut hendaklah committed serta dapat menghadiri mesyuarat EXCO SANA yang dijalankan.
Segala perhatian dan kerjsama semua area representative di dalam perkara ini amatlah di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
Saya yang menjalankan tugas,
(KARENITA K. SHANDU) Setiausaha SANA 2024-2026 Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kota Kinabalu
Sila click di pautan ini untuk muat turun surat rasmi. https://cms.sana.org.my/uploads/Calling_Letter_for_AGM_c12010d205.docx
Published On : 4 April 2026