UCAPAN SELAMAT HARI JURURAWAT TAHUN 2026 DARI PRESIDEN SANA



Asalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

SELAMAT HARI JURURAWAT Kepada semua Jururawat diseluruh Negeri Sabah dan semua individu yang bergelar Jururawat dimana sahaja anda berada

SYUKUR ALHAMDULILAH kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana kita masih diberikan rezeki untuk mengungkap ucapan Selamat Hari Jururawat sesama kita dan khasnya pada semua jururawat samada yang masih bertugas dan telah bersara dari perkhidmatan. Sebagai pesara jururawat saya merasa amat bangga kerana disebalik penat jerih, tekanan dan kekangan anggota semasa bertugas ada pihak yang mengiktirafkan jasa dan sumbangan seorang insan bergelar JURURAWAT dengan mengistiharkan tarikh 12 Mei setiap tahun sebagai sambutan Hari Jururawat bertepatan dengan tarikh kelahiran Florence Nightangle , The Founder of Modern Nursing.

International Council Of Nursing (ICN) pada tahun 2026 telah memilih TEMA: Our Nurses Our Future. Empowered Nurses Save Lives dimana pemilihan tema ini sangat sesuai kerana didalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, jururawat adalah profesyen yang mendominasi sektor Kesihatan sehingga mereka diumpamakan sebagai ‘tulang belakang’ sistem Kesihatan negara.

Tugas dan tanggung jawab seorang jururawat adalah sangat besar dan berat untuk dijalankan oleh seseorang individu samada Wanita atau Lelaki. Disebabkan itu tidak semua orang terpanggil untuk menjadikan Kerjaya Jururawat sebagai kerjaya mereka. Individu tersebut perlu ada passion serta perasaan Caring dalam dirinya untuk berhadapan

Nursing bukan hanya Compassion tetapi ialah satu kemahiran dan juga keperluan untuk membuat keputusan dalam keadaan yang tertekan contohnya dalam keadaan sibuk dan berhadapan dengan pesakit yang berbagai ragam pelbagai latar belakang, suku kaum ,bangsa dan agama. Ini belum lagi dilihat dari jenis-jenis penyakit yang dihadapi oleh pesakit ,karenah pesakit samada kanak-kanak atau orang dewasa dan reaksi saudara mara atau penjaga Pesakit. Maka jururawat perlu bijak, kreatif dan proaktif untuk membuat keputusan dan mengutamakan keperluan pesakit mereka.

Bagi membolehkan seseorang jururawat itu mempunyai Kemahiran yang tinggi mereka perlu menjalankan Latihan pos Basik atau attachment dalam bidang kepakaran tertentu disamping pengalaman kerja. Untuk pergi belajar jururawat bukan sahaja berkorban masa tetapi juga keluarga tersayang serta wang ringgit bagi memastikan niat mereka untuk mempertingkatkan pengetahuan dan memperkasakan diri mereka dalam perawatan pesakit tercapai.

Pada hari ini jururawat bukan lagi dilihat sebagai pembantu kepada profesyen Doktor tetapi adalah rakan seiring yang bersama menyumbang dalam rawatan serta penyembuhan sesorang pesakit.

Salah satu terjemahan Empowerment dalam Bahasa Malaysia adalah pemerkasaan dimana sangat berkaitan dengan senario kehidupan seorang jururawat. Empowered bukan sekeping sijil yang dianugerahkan atau slogan tetapi adalah memastikan ciri-ciri keselamatan di tempat kerja terjamin, dilindungi d ihormati dan bukan diberi tekanan melebihi had keupayaan seseorang. Siapakah yang lebih faham penjagaan pesakit (bedside care) selain jururawat yang bukan sahaja dilatih tetapi kaya dengan pengalaman. Pada pandangan saya pemilihan tema Our Nurses Our Future. Empowered Nurses Save Lives bukan sahaja memperkasakan profesyen jururawat tetapi juga seluruh sistem kesihatan yang sedia ada.

Saya mengambil kesempatan ini kepada adik-adik jururawat yang masih muda dan ingin memperkasakan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam profesyen mulia ini, menggalakkan anda untuk meneruskan pengajian mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing seperti Latihan Pos Basik , ijazah dan sarjana sehingga keperingkat PhD.

Saya mewakili Persatuan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada warga jururawat di mana saja anda bertugas, anda ibarat sebatang lilin yang menerangi kegelapan malam. Sewajarnya jururawat layak diberikan pengiktirafan seperti sambutan pada hari ini. Teruskan sokongan anda kepada Persatuan Jururawat Sabah (SANA)

“SELAMAT HARI JURURAWAT”

Daripada: Hajah Tumble bt Ngadiran @ Tomblow PRESIDEN SANA (2024-2026)

Published On : 12 May 2026